Kerajaan negeri mendukung prinsip kebebasan beragama terutama di Sabah, dan memandang serius apa-apa isu yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian di kalangan rakyat yang menganuti agama yang berbeza di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Justeru, beliau mahu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengatasi apa-apa kelemahan sedia ada dalam pengeluaran MyKad termasuk tersilap memasukkan perkataan Islam pada pemegang kad pengenalan yang bukan beragama Islam.
Beliau juga mahu JPN mengemukakan laporan penuh mengenai sejauh mana masalah tersebut berlaku di Sabah dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan kesilapan itu daripada berlaku.
"Ini nampaknya seperti masalah pentadbiran. Namun begitu, saya mahu masalah itu diatasi secepat mungkin oleh pihak berkuasa berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan oleh Presiden Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah, Reverend Datuk Jerry Dusing yang baru-baru ini mendakwa JPN memasukkan identiti yang silap pada bukan Islam pada MyKad mereka.
Musa berkata walaupun terdapat kelemahan dalam JPN, isu itu tidak harus diperbesar-besarkan.
"Sesetengah pihak tidak harus begitu cepat mendakwa bahawa kerajaan negeri membenarkan radikalisme agama bertapak terlalu lama tanpa dibendung, menyokong ketidak toleransi agama dan rasuah serta kegiatan jenayah seperti penculikan," kata beliau.
"Biar saya menjelaskan bahawa tidak ada ruang untuk ketidak toleransi agama atau kaum di Sabah. Negeri ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama dengan rakyat hidup dalam keadaan aman dan harmoni," kata beliau.
Beliau berkata kerajaan negeri memberi berjuta-juta ringgit kepada gereja dan sekolah mubaligh serta sekolah jenis kebangsaan Cina dan kuil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2017

Datuk Seri Musa Aman beliau mahu JPN mengatasi apa-apa kelemahan sedia ada dalam pengeluaran MyKad - Foto Fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MEKAR mudahkan urusan miliki dokumen pengenalan diri di pedalaman
Program MEKAR bersifat 'outreach' di mana JPN turun ke lapangan membantu menyelesaikan isu berkaitan dokumen pengenalan diri mereka.

Banjir: JPN tawar penggantian dokumen pengenalan diri tanpa denda - Saifuddin
Jabatan Pendaftaran Negara menawarkan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan sijil lahir tanpa denda kepada mangsa banjir.

JPN nafi hantaran tular 'Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 Sept 2024'
Jabatan Pendaftaran Negara menafikan hantaran tular di media sosial mengenai pemberian bantuan wang tunai sebanyak RM700 yang dibuat oleh Jabatan itu.

Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.

Lebih 2,000 kes permohonan kewarganegaraan selesai
Kementerian Dalam Negeri menyelesaikan sebanyak 2,373 kes permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan sehingga 24 Mei 2024.

3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
Polis sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.

JPN terima hampir 60,000 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 59,037 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini.

Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini
Pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke BHEUU, Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.

Tiga lelaki ditahan guna kad pengenalan palsu
Tiga lelaki ditahan di sekitar Pulau Indah, Pelabuhan Klang pagi tadi kerana disyaki bekerja menggunakan kad pengenalan palsu.

Tiada ejen atau orang tengah untuk urusan JPN
Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai ejen atau orang tengah untuk mewakilinya bagi setiap urusniaga dan perkhidmatan.