TUARAN: Kerajaan Sabah akan membina semula sebuah jambatan gantung di Nabawan yang rosak dan dihanyutkan dalam kejadian banjir pada bulan lepas, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Beliau berkata sementara jambatan itu siap, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan kepada pejabat daerah terlibat untuk membeli bot dan enjin sangkut bagi kegunaan penduduk merentasi sungai bagi menjalani aktiviti harian.
"Kita ambil tindakan segera bila-bila masa kita buat yang penting pegawai daerah beli dahulu bot dan enjin sangkut, jika boleh hari ini juga kita beli dan kita sudah bagi peruntukan sebagai langkah sementara menunggu jambatan gantung siap," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini antara lain bagi membincangkan perlaksanaan program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di negeri ini.
Tular di media sosial video beberapa kanak-kanak memakai pakaian seragam sekolah menggunakan rakit dan zip line untuk menyeberangi sungai di Nabawan susulan jambatan gantung merentang sungai, yang menjadi laluan utama penduduk kampung, hanyut akibat arus sungai deras dalam kejadian banjir itu.
BACA: Video tular pelajar sekolah naik rakit, 'dron' seberang sungai di Nabawan
BACA: Isu jambatan gantung putus di Nabawan bukan dalam kawasan sekolah
Khamis lepas, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju memberikan peruntukan kecemasan kepada beberapa kampung di Nabawan yang terjejas teruk akibat banjir membabitkan pembinaan jambatan dan penyelenggaraan jalan raya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Mohamad Alamin dalam kenyataan hari ini berkata kementeriannya amat memandang berat tentang keselamatan pelajar sekolah dan akan berkerjasama dengan semua agensi terlibat bagi menyelesaikan isu tersebut.
Bagaimanapun, beliau memohon semua pihak terutama warganet supaya tidak menyalahkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam isu tersebut kerana jambatan tersebut adalah sebuah jambatan awam dan tidak berada dalam kawasan sekolah.
"Apabila video pelajar sekolah itu tular seolah-olah ia adalah isu Kementerian Pendidikan, sedangkan ia tanggungjawab agensi lain, pihak kerajaan juga telah mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022

Sebelum ini, tular di media sosial video beberapa kanak-kanak memakai pakaian seragam sekolah menggunakan rakit dan zip line untuk menyeberangi sungai di Nabawan. - Gambar/ Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.

Jalan terputus: Penduduk catu makanan, makan ubi kayu ganti nasi
Bukan saja makanan dicatu malah ada penduduk terpaksa bergantung dengan ubi kayu selepas terputus bekalan makanan selama hampir sebulan susulan kejadian tanah runtuh di Pensiangan.

Nabawan pulih daripada banjir, mangsa dibenar pulang ke rumah
Semua 187 orang daripada 51 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Nabawan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah paras air di daerah itu menyurut.

187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan
Semua mangsa dipindahkan ke PPS Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi.

Majlis perkahwinan cetus kluster baharu COVID-19 di Sabah
Satu kluster baharu COVID-19 telah dikesan di Kampung Lima, Nabawan yang tercetus dari sebuah majlis perkahwinan.

Misi bawa vaksin COVID-19 ke pedalaman Nabawan bermula
Sebanyak 400 vaksin dibawa masuk ke kawasan pedalaman pada Jumaat untuk diberikan kepada lebih 20 buah kampung di Pensiangan, di Nabawan, Sabah.

PKPD di 3 buah kampung di Hulu Besut, Terengganu dan sebuah kampung di Nabawan, Sabah
Kampung yang terlibat adalah Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Mukim Hulu Besut, Terengganu dan Kampung Murni C, Nabawan, Sabah

PKPD di dua lokaliti di Nabawan dilanjutkan - Ismail Sabri
Sejumlah 322 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan masih terdapat kes positif baharu dilaporkan.

Nabawan dikenakan PKP, PKPD di beberapa lokaliti Felda di Maran - Ismail Sabri
Ia adalah susulan peningkatan kes yang dicatatkan di kawasan berkenaan.