Sabah berpotensi jadi hab pengeluar produk tenusu

Fifi Harteeny Marzuki
Januari 11, 2019 23:30 MYT
Mohd Shafie berkata, industri tenusu mempunyai implikasi yang besar dalam pembekalan susu segar mahupun daging. - Astro AWANI
Sabah dilihat sebagai negeri yang berpotensi untuk dijadikan hab pengeluar produk tenusu di rantau ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kewujudan Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC) serta tanah yang luas menjadikan Sabah negeri berpotensi untuk berkembang dalam industri tenusu.
Katanya, industri tenusu mempunyai implikasi yang besar dalam pembekalan susu segar mahupun daging.
"Ini membolehkan produk sampingan seperti 'packing on milk', 'marketing on milk', dari segi pengangkutan, dapat dipertingkatkan lagi.
"Selain itu, industri tenusu juga dapat meningkatkan lagi sektor ekonomi negeri Sabah yang merupakan negeri yang tepat untuk membangunkan sektor tenusu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan ini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Mohd Shafie turut menyeru agar industri kayu kayan di negeri ini dipertingkatkan lagi dengan mengeksport produk itu ke tempat-tempat penginapan.
Jelasnya, Sabah mempunyai sumber kayu yang mencukupi dan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin agar hasil pulangan tersebut dapat dinikmati oleh rakyat di negeri ini.
"Kerajaan tidak menggalakkan hasil kayu di Sabah dieksport ke luar negara kerana banyak keuntungan yang boleh Sabah perolehi.
"Keuntungan ini akan berlipat ganda sekiranya kita mengehadkan pengeksportan kayu ke luar negara," tambahnya.
#hab pengeluar #industri tenusu #Keningau #Ketua Menteri Sabah #KILC #Mohd Shafie Apdal #packing on milk #Produk Tenusu #Pusat Ternakan Bersepadu Keningau #Sabah #susu