A.S. Memilih: Anwar ucap tahniah buat Trump, bakal bawa lembaran baharu kerjasama

Madiha Abdullah
November 6, 2024 19:23 MYT
Anwar meluahkan harapan agar AS dapat menggunakan pengaruh mereka untuk menamatkan konflik di Palestin dan Ukraine.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump, susulan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.
Dalam hantaran di media sosial, Anwar berkata kemenangan itu bakal membawa lembaran baharu dalam hubungan kerjasama antara dua negara, selain menyemarakkan lagi penglibatan AS dalam kerjasama di rantau Asia Tenggara.
Anwar turut meluahkan harapan agar AS dapat menggunakan pengaruh mereka untuk menamatkan konflik dan pertumpahan darah di Palestin dan Ukraine.
"Amerika Syarikat kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar Malaysia dan pemain penting di rantau Asia-Pasifik.
"Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berharap Amerika akan menyemarakkan lagi penglibatannya dengan Asia Tenggara.
"Kami juga menggesa AS untuk menggunakan pengaruhnya yang besar untuk membantu menamatkan keganasan dan kehilangan nyawa di Palestin dan Ukraine," kata Anwar.

Congratulations to @realDonaldTrump on his remarkable political comeback and victory in the US presidential election. This new chapter brings renewed opportunities, and were ready to move forward with optimism, collaboration and shared purpose. The United States remains pic.twitter.com/d5wjMzhtto

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Donald Trump mengisytiharkan kemenangannya selepas beliau mendahului keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.
Trump memerlukan hanya satu lagi negeri untuk diumumkan secara rasmi sebagai pemenang apabila memperoleh 270 undi pilihan raya yang diperlukan, sekali gus melayakannya kembali semula ke Rumah Putih.
#Anwar Ibrahim #Donald Trump #Palestin #Pilihan Raya Presiden AS
;