RUU SST dibentang minggu depan

Harits Asyraf Hasnan
Julai 23, 2018 12:32 MYT
Beliau bagaimanapun masih menunggu butiran RUU itu daripada Kementerian Kewangan sebelum dimasukkan sebagai usul Kerajaan di Dewan Rakyat.
Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijadual dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata ia termasuk usul untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
“Saya tidak rasa minggu ini. Mungkin minggu hadapan. Saya rasa pada Isnin (minggu hadapan).
“Pastinya kita perlu bentangkan (RUU SST) sebelum ia mula berkuat kuasa pada 1 September depan,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun masih menunggu butiran RUU itu daripada Kementerian Kewangan sebelum dimasukkan sebagai usul Kerajaan di Dewan Rakyat.
Ditanya berkenaan penghapusan beberapa akta lain termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Antiberita Tidak Benar 2018, Vui Keong berkata pihaknya masih menunggu butiran lanjut daripada Kementerian bertanggungjawab terhadap akta-akta tersebut.
#Cukai Jualan dan Perkhidmatan #Datuk Liew Vui Keong #Dewan Rakyat #GST #Kementerian Kewangan #Parlimen #Rang Undang-Undang #SOSMA
;