RUU Perkhidmatan Parlimen harus bersifat bebas daripada campur tangan badan Eksekutif
Kenyataan Media
Februari 20, 2025 15:40 MYT
Februari 20, 2025 15:40 MYT
RUU Perkhidmatan Parlimen yang bakal dibentangkan seharusnya memberikan autonomi institusi, pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen. - Gambar hiasan
KUMPULAN Masyarakat Sivil dan individu-individu yang bertandatangan di bawah mendesak Kerajaan Madani untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen yang bersifat bebas daripada badan Eksekutif di dalam usaha mereformasi Parlimen bagi menjadikan institusi Parlimen dapat menjalankan peranannya dengan berkesan.
RUU Perkhidmatan Parlimen yang bakal dibentangkan seharusnya memberikan autonomi institusi, pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen seiring dengan usaha Kerajaan Madani ingin memperkasa peranan institusi Parlimen khususnya sebagai medium semak dan imbang kepada Kerajaan pada hari ini.
Berikut adalah pendirian penuh kami terhadap elemen utama yang perlu ada bagi memastikan RUU Perkhidmatan Parlimen ini mencerminkan semangat pembebasan yang sebenarnya:
1. Perkara 65(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan harus dimasukkan semula bagi menghidupkan kembali Akta Perkhidmatan Parlimen selaras dengan perjalanan prinsip pengasingan tiga kuasa Kerajaan yang setaraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi dasar kepada sebuah negara demokrasi. Prinsip pengasingan kuasa ini akan membolehkan institusi Parlimen, Eksekutif dan Kehakiman supaya bebas antara satu sama lain, namun tetap boleh memeriksa perjalanan tugas di antara satu sama lain.
2. Pindaan Perkara 65, Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan pelantikan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat juga harus dikembalikan semula agar jawatan mereka ini dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan serta boleh dicadangkan pemilihan namanya oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang bebas dan dibentuk di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen yang baharu.
3. Jawatan Ketua Pentadbir Parlimen sebagai Ketua Perkhidmatan Parlimen yang dikanunkan di dalam Akta Perkhidmatan Parlimen yang baharu harus bersifat terbuka dan bebas daripada perkhidmatan awam (badan Eksekutif).
4. Setelah dilantik ketiga-tiga jawatan (Ketua Pentadbir Parlimen, Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat) ini, pemegang jawatan ini harus dianggap sebagai ahli perkhidmatan Parlimen. Sekiranya seseorang itu dilantik di kalangan perkhidmatan awam, pemegang jawatan tersebut harus meletakkan jawatan di dalam perkhidmatan awam bagi membolehkan seseorang itu dilantik sebagai ahli di dalam perkhidmatan Parlimen.
5. Ketiga-tiga jawatan di dalam perkhidmatan Parlimen, seperti kakitangan Parlimen yang lain harus mempunyai kewajipan dan sikap sentiasa bersifat berkecuali di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka semasa di dalam perkhidmatan Parlimen.
6. Penubuhan sebuah Majlis Perkhidmatan Parlimen yang bebas daripada campur tangan badan Eksekutif dengan diketuai Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan sekumpulan ahli Parlimen merentasi parti politik (mempunyai kuasa mengundi) dan disokong oleh Ketua Pentadbir Parlimen, Setiausaha Dewan Negara, Setiausaha Dewan Rakyat, wakil-wakil perkhidmatan awam, wakil perbendaharaan dan sebagainya (tidak mempunyai kuasa mengundi).
7. Penubuhan sebuah Jawatankuasa Tetap Bersama bagi Pentadbiran dan Kewangan Parlimen bagi memantau serta membantu Suruhanjaya menjalankan peranannya. Peranan Jawatankuasa Tetap Bersama ini bukan sahaja boleh membantu menambah baik urusan pentadbiran dan kewangan Parlimen melalui semakan dan syor cadangan penambahbaikan setiap tahun, malah memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban Majlis Perkhidmatan Parlimen.
Kami sekali lagi mengulangi gesaan agar Kerajaan mengambil tanggungjawab dan memberi komitmen kukuh terhadap reformasi insitusi Parlimen sekali gus memperkasanya melalui sebuah Undang-undang Perkhidmatan Parlimen yang terpisah daripada campur tangan badan Eksekutif.
Akta Perkhidmatan Parlimen yang tidak memperkasakan kebebasan Parlimen yang sebenar-benarnya tidak bermakna dan hanya mengundang persoalan tentang iltizam Kerajaan Madani terhadap demokrasi dan reformasi.
Sekiranya, RUU Perkhidmatan Parlimen tidak menepati sepertimana di dalam ciri-ciri undang-undang perkhidmatan Parlimen di peringkat antarabangsa, kami mendesak agar RUU Perkhidmatan Parlimen ini dihantar ke sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk satu semakan semula di bawah Peraturan Mesyuarat 54, Peraturan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Kami juga mendesak agar RUU atau cadangan utama RUU ini didedahkan kepada umum untuk disemak dengan lanjut oleh pemegang taruh yang lain.
Kenyataan Bersama Oleh:
Kumpulan Masyarakat Sivil
1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
2. Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)
3. Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM)
4. Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA)
5. Rasuah Busters
6. Transparency International Malaysia
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Pertubuhan IKRAM Malaysia
9. Agora Society Malaysia
10. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN)
11. Architects of Diversity (AOD)
12. Bait Al Amanah (House of Trust)
13. Borneo Komrad
14. Centre for Independent Journalism (CIJ)
15. Consumer Choice Center
16. Dewan Belia India Malaysia
17. Development of Human Resources for Rural Areas (DHRRA), Malaysia
18. ENGAGE
19. Family Frontiers
20. G25 Malaysia (G25)
21. Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia (GBSM)
22. Greater Equitable Measures (GEM)
23. Idealis Mahasiswa UTHM
24. Initiative to Promote Tolerance and Prevent Violence (initiate.my)
25. Institute for Research & Development of Policy (IRDP)
26. Kemban Kolektif
27. Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM)
28. Kumpulan Penyelidik Sosial (KUPAS)
29. Kuliah Buku (KUBU)
30. Lawyer Kamek (Sarawak)
31. Legal Dignity
32. Liga Demokratik Rakyat
33. Our Journey
34. Pangrok Sulap
35. Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA
36. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia Malaysia
37. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
38. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
39.Persatuan Martabat Untuk Semua Petaling Jaya
40. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
41. Persatuan Pengundi Muda (UNDI18)
42. Pertubuhan Jaringan Kebajikan Komuniti
43. Pertubuhan Kebajikan Vivekananda Rembau Negeri Sembilan
44. Pusat KOMAS
45. Pusat Pembangunan Rakyat Mandiri (MANDIRI)
46. PurpleLily Social Association Kuching
47. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
48. Sinar Project
49. Sisters in Islam (SIS)
50. Suara Mahasiswa UMS
51. Tenaganita
52. The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
53.Terengganu Strategic and Integriti Institute
54. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
55. Wanita Maju Selangor & KL
Individu
1. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid bin Tan Sri Dato’ Syed Jaafar Albar
2. Emeritus Prof Dato Dr Shad Saleem Faruqi
3. Datin Paduka Marina Mahathir
4. Datuk Ambiga Sreenevasan
5. Sivarasa Rasiah, Bekas Ahli Parlimen Subang
6. Maria Chin Abdullah, Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya
7. Maha Balakrishnan, Pakar Runding Hal Ehwal Parlimen
8. Prof. Dr. Andrew Harding
9. Prof. Dr. Faridah Jalil
10. Prof. Terence Gomez
11. Prof. Wong Chin Huat, Saintis Politik
12. Profesor Madya Dr. Khairil Azmin Datuk Mokhtar
13. Rusnah Aluai, Bekas Ahli Parlimen Tangga Batu
14. Nga Hock Cheh, Bekas Ahli Dewan Negara
15. Cynthia Gabriel
16. Dato Dr. Hartini Zainudin
17. Afiqah Zulkifli
18. Christopher Leong
19. Cikgu Rahayu
20. Danesh Prakash Chacko, Aktivis Pembaharuan Pilihan Raya
21. Doris Chew
22. Dr. Abdul Muqit Muhammad, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Melayu, UM
23. Prof. Madya Dr. Haslinda Mohd Anuar
24. Dr. Ikmal Hisham Md Tah
25. Dr. Mohammad Tawfik b Yaakub
26. Jeffery Ngui Voon Chiang
27. Masjaliza Hamzah
28. Mayna Ramesh Patel
29. Megan Steven, Pembela, Pejuang Hak Asasi Manusia
30. Muhammad Syafiq Haiqal bin Supaizam
31. Noor Amin bin Ahmad, Bekas Ahli Parlimen Kangar
32. Rusni Tajari
33. Sharmila Sekaran
34. Siew Lian Hee
35. Zhafir Amin