RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa: Tiga lagi kementerian lulus
Umavathi Ramayah
Disember 7, 2020 15:42 MYT
Disember 7, 2020 15:42 MYT
KUALA LUMPUR: Kesemua Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya, Pengangkutan dan Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang dibahaskan hari ini, diluluskan.
RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Kerja Raya dan MOSTI diluluskan menerusi undian suara.
Sementara itu, Kementerian Pengangkutan diluluskan menerusi undi belah bahagian selepas lebih 15 ahli Parlimen bangun meminta proses itu dilakukan.
Keputusan itu dicapai selepas sesi penggulungan ketiga-tiga menteri yang mewakili kementerian masing-masing.
Dengan ini, 14 RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa 14 kementerian telah diluluskan setakat ini.