RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya lulus

Astro Awani
Disember 7, 2020 05:29 MYT
Penggulungan bagi Kementerian Kerja Raya dilakukan oleh Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya diluluskan menerusi undian suara di Dewan Rakyat hari ini.
Keputusan itu diumumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ia diputuskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.
Terdahulu, penggulungan dilakukan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
#Belanjawan 2021 #Kementerian Kerja Raya #undian suara #Azalina Othman Said #Fadillah Yusof #Dewan Rakyat #Parlimen #Azalina Othman