RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi lulus

Umavathi Ramayah
Disember 1, 2020 07:50 MYT
Dengan undian ini, kesemua tiga RUU Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa yang dibentangkan hari ini lulus. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi akhirnya diluluskan selepas berlaku sedikit kekecohan dalam Dewan Rakyat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undian berkata, sejumlah 108 ahli Parlimen menyokong, 95 tidak bersetuju sementara 17 ahli Parlimen lagi tidak hadir.
"Ahli Yang Berhormat, keputusan belah bahagian adalah seperti berikut bersetuju adalah 108, tidak bersetuju 95, tidak hadir 17.
"Dengan ini Kepala 20 dijadikan sebahagian daripada jadual," katanya.
Undi belah bahagian itu diadakan selepas lebih 15 ahli Parlimen bangun meminta proses belah bahagian dilakukan.
Dengan undian ini, kesemua tiga RUU Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa yang dibentangkan hari ini lulus.
Dua lagi kementerian kementerian adalah Kementerian Luar dan Kementerian Perpaduan Negara.
Namun begitu, RUU Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa kedua-dua kementerian itu diluluskan melalui undian suara, tanpa melalui proses belah bahagian.
#Dewan Rakyat #Parlimen #Kementerian Luar #kementerian perpaduan negara #Yang Dipertua Dewan Rakyat #Azhar Azizan Harun #RUU Perbekalan Belanjawan 2021