Gesaan Ketua Biro Undang-undang MCA, Ng Kian Nam yang meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan jika Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 diluluskan dilihat langkah biadab yang tidak boleh diterima akal.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah menegaskan, tindakan meminta Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan adalah sifat kebudak-budakan yang melambangkan ketidakmatangan Kian Nam.
"Saya hendak tegur dan bantah secara tegas cadangan kebudak-budakan serta kurang ajar Pemuda MCA ini.
"Saya rasa Kian Nam perlu mengambil kelas undang-undang khususnya dalam pemahaman kepada Perlembagaan.
"Saya secara tegas membantah cadangan yang dilihat sebagai permainan populis tanpa memgambil kira perasaan umat Islam dan majoriti rakyat negara ini yang berpegang teguh kepada Perlembagaan di mana Islam sebagai agama Persekutuan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Armand mengulas cadangan Kian Nam supaya Najib meletakkan jawatan jika RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 diluluskan.
Kian Nam turut meminta Najib menyatakan pandangannya dengan jelas sama ada kesemua anggota parlimen UMNO akan menyokong RUU itu walaupun terdapat protes kuat anggota komponen BN yang lain.
Dalam pada itu Armand turut mempertikaikan tindakan Pemuda MCA yang mahu masuk campur di dalam urusan Mahkamah Syariah.
"Pemuda MCA tidak perlu hendak mengeluarkan ugutan kepada Perdana Menteri untuk meletak jawatan.
"Siapa kamu Kiam Nam hendak menyuruh Najib letak jawatan? Adakah kenyataan kurang ajar ini merupakan pendirian rasmi Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang diberikan jawatan sebagai senator? Jangan baling batu sembunyi tangan.
"Jika tidak puas hati dengan isu RUU Syariah ini. Saya minta Ketua Pemuda MCA meletakkan jawatannya secara rasmi dalam masa 12 hari.
"Jika Sin Woon tidak mahu meletakkan jawatan, tindakan tegas harus diambil kepada Kian Nam yang menyalak ibarat anjing salak bukit," tegasnya.
Armand turut menasihati Pemuda MCA supaya belajar sejarah dan bagaimana pembentukan negara dibina oleh bapa-bapa kemerdekaan sebelum ini.
Sebelum ini, Armand memberitahu pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membuat sebarang ugutan terbuka mengenai usul RUU Mahkamah Syariah untuk segera meletakkan jawatan.
Tegasnya, mereka juga mungkin terlupa tanggungjawab sebagai pemimpin selain tidak faham tentang isu berkenaan.
Wan Syamsul Amly
Sat Jun 04 2016
ARMAND: 'Pemuda MCA jangan biadab dengan Najib' - Gambar fail
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
Dakwaan MCA dapat tekanan keluar BN dicipta kalangan tertentu - Zambry
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon telah memaklumkan perkara itu tidak berlaku.
Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.
Ramanan terharu layanan pengundi Cina Sungai Bakap
Ramanan menzahirkan rasa terharu dengan layanan baik masyarakat Cina, ketika menyantuni mereka bersama jentera MCA pada kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap semalam.
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.