PUTRAJAYA: Penambahbaikan terhadap draf dua rang undang-undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap telah dicadangkan bagi memastikan penekanan diberikan kepada kesalahan itu secara holistik serta merangkumi semua aspek perundangan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.
Beliau berkata penambahbaikan itu terhasil daripada sesi libat urus dengan pihak berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Pertubuhan Pertolongan Wanita dan Badan Peguam Malaysia bagi meneliti semula peruntukan kedua-dua RUU itu.
Dua RUU itu ialah Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2022 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2022.
Dua RUU itu telah dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 4 Ogos lepas, bacaan kali kedua dan ketiga pada 3 Okt 2022 dan telah diluluskan, namun berikutan pembubaran Parlimen pada 10 Okt lepas, RUU tersebut tidak dapat dibentangkan di Dewan Negara pada sidang Parlimen yang sama, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ramkarpal berkata RUU itu perlu dibentang semula di Dewan Rakyat pada sidang akan bermula.
Beliau berkata Memorandum Jemaah Menteri berhubung RUU itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam masa terdekat.
"Tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri, kedua-dua RUU berkenaan akan dibentang semula di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen yang akan datang ini.
Pada 24 Jan 2019, kerajaan mencadangkan agar perbuatan mengintai perlu diklasifikasi sebagai perbuatan jenayah kerana ia boleh mengundang perasaan terancam dan tidak selamat kepada mangsa khususnya golongan wanita.
Usaha itu telah dimulakan dengan penubuhan Jawatankuasa Anti-Stalking sejak 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Ramkarpal berkata RUU itu perlu dibentang semula di Dewan Rakyat pada sidang akan bermula. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
Bacaan kedua RUU berkaitan intip dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan
Bacaan kedua rang undang-undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan hadapan.