RUU berkaitan buli siber dibentang di Parlimen tahun ini - Fahmi

Ridauddin Daud
Oktober 25, 2024 16:21 MYT
Selain itu, RUU yang dinamakan Keselamatan Dalam Talian (ONSA) juga akan dibawa ke Parlimen. -Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat telah meluluskan secara dasar pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah berkaitan isu buli siber.

Ringkasan AI
  • Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah berkaitan isu buli siber.
  • Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian (ONSA) akan dibawa ke Parlimen untuk memastikan internet di Malaysia lebih selamat, terutama untuk kanak-kanak dan keluarga.
  • Pindaan ini bertujuan menutup kelompongan dalam undang-undang dan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli siber, dengan bacaan kedua dijangka pada awal Disember.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, satu Rang Undang-Undang (RUU) pindaan berkaitan isu berkenaan juga akan dibawa ke Parlimen dalam sidang pada kali ini.
Selain itu, katanya, RUU yang dinamakan Keselamatan Dalam Talian (ONSA) juga akan dibawa ke Parlimen.
Jelasnya, ia adalah untuk memastikan internet di Malaysia lebih selamat terutamanya buat kanak-kanak dan keluarga.
“Saya tegaskan, secara keseluruhan, ini adalah tindakan yang perlu kita ambil untuk menutup kelompongan dalam undang-undang.
“Ia juga adalah untuk kita mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka yang melakukan buli siber.
“Ini kerana pada waktu ini, dapatan daripada kajian di pihak kerajaan menunjukkan tiada ada takrif tepat bagi jenayah buli termasuk buli siber.
“Jadi ini akan dibawa dalam Sidang Parlimen kali ini dan kita jangka, menjelang awal Disember akan dibentang untuk bacaan kali kedua,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi pada Jumaat.
#buli siber #Fahmi Fadzil #Parlimen #RUU #jemaah menteri
;