RUU Antilompat Parti, Had Penggal PM: Model negara lain hanya sebagai rujukan

Israr Khalid
Februari 16, 2022 08:50 MYT
Kata Wan Junaidi, kita tidak boleh mengikut bulat-bulat cara orang lain. - Foto fail/Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan anti-lompat parti dan had penggal Perdana Menteri tidak dirangka mengikut bulat-bulat mana-mana model yang diamalkan oleh mana-mana negara.
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ini kerana Perlembagaan Negara kita yang unik memerlukan ia dirangka khusus mengikut acuan kita sendiri.
Memang ada melihat pelaksanaan di New Zealand, United Kingdom, India dan Singapura, namun kata Wan Junaidi ianya sekadar untuk rujukan.
“Contoh yang paling penting, kalau kita nak buatkan satu-satu perkara tapi ia menjejaskan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, kita akan tertanya sendiri kita akan berhadapan untuk meminta memohon kebenaran daripada Tuanku.
“Kalau keputusan sedemikian ini ada berkemungkinan perlu keputusan Majlis Raja-Raja kerana mengehadkan membataskan tugas dan tanggungjawab Tuanku dalam Perlembagaan yg sedia ada, jadi ini tidak boleh kita pandang ringan.”
Maka tegasnya tidak timbul dakwaan bahawa kita tidak mencontohi model-model di negara lain, tetapi memang tidak boleh kerana Perlembagaan itu memang khusus dibentuk untuk negara ini.
Tonton sesi penuh temu bual bersama Wan Junaidi dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
RUU Antilompat Parti, Had Penggal PM: Model negara lain hanya sebagai rujukan
Agenda AWANI: Memantapkan demokrasi Malaysia
#RUU Antilompat Parti #RUU Had Kuasa Perdana Menteri #Perlembagaan #Wan Junaidi Tuanku Jaafar
;