RUU Antiberita Tidak Benar 2018 lulus peringkat dasar
Harits Asyraf Hasnan
April 2, 2018 18:23 MYT
April 2, 2018 18:23 MYT
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 di peringkat dasar selepas mendapat undian majoriti ahli Parlimen.
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 123 ahli Parlimen menyokong berbanding 64 menolak.
Keputusan tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
RUU itu yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said pada 26 Mac lepas, dibahaskan selama dua hari iaitu pada 29 Mac lalu dan hari ini.
Bacaan kali kedua dan sesi perbahasan di peringkat jawatankuasa diteruskan sebelum perlu diluluskan hari ini.
#antiberita tidak benar
#Azalina Othman Said
#Pandikar Amin Mulia
#Rang Undang-Undang
#undang-undang