Rusuhan kilang MCKIP: Individu sebar berita palsu diburu - Polis

Astro Awani
Julai 12, 2018 13:06 MYT
Polis Pahang sedang menjejaki dalang kejadian pergaduhan antara penduduk tempatan dan pekerja warga negara China di sebuah syarikat di MCKIP Gebeng malam tadi. -Gambar fail
Polis Pahang sedang menjejaki dalang kejadian pergaduhan antara penduduk tempatan dan pekerja warga negara China di sebuah syarikat di MCKIP Gebeng malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kejadian jam 10 malam tadi adalah berpunca daripada status Facebook yang disebarkan pada 10 Julai lalu.
Individu tidak bertanggungjawab itu telah memuat naik posting kononnya seorang pemandu warga tempatan mati dibelasah pekerja warga asing.
Ekoran itu seramai 50 hingga 60 lelaki warga tempatan datang membawa objek dipercayai kayu dan batang besi ke Pintu Satu, Pos Pengawal syarikat berkenaan dan berlaku kekecohan.
Seorang daripada empat warga negara China patah kaki kiri dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuantan.
#China #Mohamad Noor Yusof Ali #pemandu berbangsa melayu #Pintu Satu #pos pengawal #warga asing