Rusnah mohon maaf, ucapan isu 'Timah' di Parlimen disalah erti

Sinar Harian
Oktober 29, 2021 04:35 MYT
RUSNAH: Walaupun niat asal saya adalah untuk memastikan tidak timbul kekeliruan berkait label tersebut, ucapan saya telah disalah erti. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM : Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai memohon maaf berhubung ucapannya di Parlimen mengenai isu ‘Timah’.
Menurut beliau, ucapannya telah disalah tafsir meskipun niat asalnya adalah untuk memastikan tidak timbul kekeliruan berkait dengan jenama tersebut.
“Saya meneliti respon dan maklum balas terhadap ucapan saya di Parlimen berhubung isu ‘Timah’ tempoh hari.
“Walaupun niat asal saya adalah untuk memastikan tidak timbul kekeliruan berkait label tersebut, ucapan saya telah disalah erti.
“Oleh itu, kepada pihak-pihak yang tersinggung akan ucapan tersebut, saya memohon maaf,” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.
Pada Khamis, Rusnah mendakwa penggunaan nama Timah sebagai jenama minuman arak amat mengelirukan dan secara tidak langsung membayangkan seperti ‘meminum’ wanita Melayu.
Artikal asal di Sinar Harian: Rusnah mohon maaf, ucapan isu 'Timah' di Parlimen disalah erti
#Rusnah Aluai #mohon maaf #arak Timah #salah tafsir
;