Rusia puji pendirian Malaysia tidak berpihak berhubung isu Ukraine - Lavrov

Bernama
Julai 29, 2024 06:20 MYT
Lavrov berkata, Rusia memuji pendirian Malaysia yang tidak berpihak terhadap konflik Ukraine. - Gambar/ AP
MOSCOW: Rusia memuji pendirian Malaysia yang tidak berpihak terhadap konflik Ukraine, kata Menteri Luar Sergey Lavrov pada Ahad.
"Kami bercakap tentang Ukraine. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan Malaysia mengenai kedudukan dan objektif mereka, hasil daripada pemahaman punca krisis ini yang telah berkembang akibat tindakan Barat untuk menarik Ukraine ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan mengubahnya," kata Lavrov pada sidang media selepas lawatannya ke Malaysia, lapor Sputnik.
Lavrov juga berkata beliau menjemput rakan sejawatannya, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan untuk melakukan lawatan ke Rusia dan menjangkakan untuk meneruskan perbincangan pada masa hadapan.
-- BERNAMA
#Rusia #Malaysia #Ukraine #pendirian berkecuali