Rusia lancar khidmat e-Visa untuk rakyat daripada 55 negara
Bernama
Ogos 1, 2023 22:50 MYT
Ogos 1, 2023 22:50 MYT
MOSCOW: Rusia pada Selasa membuka kemudahan visa elektronik (e-visa), sekali gus menjadikan perjalanan ke negara itu lebih mudah bagi rakyat daripada 55 buah negara.
Proses permohonan visa mengambil masa empat hari dan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui portal visa elektronik atau aplikasi mudah alih, lapor Agensi Anadolu.
Visa elektronik membenarkan warga asing memasuki Persekutuan Rusia sekali dan tinggal sebagai tetamu atau pelawat perniagaan, pelancong atau peserta dalam acara saintifik, budaya, sosiopolitik, ekonomi atau sukan.
Visa itu sah selama 60 hari dan dalam tempoh ini seorang warga asing boleh memasuki Rusia dan tinggal sehingga 16 hari dari tarikh kemasukan.
Dokumen perjalanan jenis ini sah untuk masuk ke Rusia melalui pengangkutan udara, darat dan air, serta tanpa perlu menggunakan pengangkutan melalui 92 pusat sempadan yang mempunyai kelengkapan untuk mengesahkan visa elektronik.
-- BERNAMA