Rupanya mereka cuba melarikan diri dari rumah - Polis

Astro Awani
April 16, 2019 10:19 MYT
Mohd Zani berkata siasatan awal mendapati salah seorang gadis itu tidak gembira tinggal dengan ibunya. -Gambar fail
Dua gadis bawah umur yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas menyambut Tahun Baharu Tamil, rupa-rupanya telah melakukan cubaan melarikan diri dari rumah masing-masing.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata kedua-dua gadis itu ditemui ibu saudara salah seorang daripada mereka di Stesen KTM Batu Tiga di Shah Alam, sekitar jam 2.30 pagi, Isnin.
Katanya lagi, selepas dijumpai, kedua-dua gadis itu dibawa ke rumah wanita itu di Sungai Buloh sebelum mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, 7.30 malam hari yang sama.
Mohd Zani berkata siasatan awal mendapati salah seorang gadis itu tidak gembira tinggal dengan ibunya, lapor The Star Online.
“Kenyataan sudah diambil, dan mereka akan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya lagi.
Terdahulu hari ini, kedua-dua mereka yang berusia 16 dan 15 tahun itu dilaporkan hilang selepas kali terakhir ditemui di Kondominium Maxwell Towers di Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya, kira-kira jam 11.40 malam pada Ahad (14 April).
Kedua-dua gadis itu yang merupakan pelajar di sebuah sekolah di Petaling Jaya telah pergi ke kuil berhampiran kondominium tersebut pada Ahad untuk meraikan sambutan Chitthirai Puthandu.
Kehilangan mereka dilaporkan ibu salah soerang daripada gadis itu.
BACA: Pelajar SMK Assunta hilang ditemui selamat - Polis
#Kondominium Maxwell Towers #lari dari rumah #Mohd Zani Che Din #pelajar hilang #Pusat Perubatan Universiti Malaysia
;