IPOH: Kira-kira 70 peratus pengalihan bongkah batu besar dijangka dapat diselesaikan hari ini bagi mengenal pasti kedudukan tepat dua mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands sejak Selasa.
Timbalan Komander Operasi Jabatan Bomba dan Malaysia (JBPM) Perak Aidil Adlee Che Mee berkata proses pengalihan itu bergantung kepada faktor cuaca dan pergerakan tanah.
"Kita sedang giat melakukan proses pengalihan batu itu sehingga kita dapat membuka laluan ke kedudukan terakhir dua mangsa yang tertimbus itu
"Operasi hari ini dimulakan dengan letupan pada bongkah batu dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja pengalihan di samping penilaian taktikal operasi dilakukan oleh pasukan penyelamat," katanya.
Beliau berkata operasi yang bermula sejak 8 pagi tadi dengan kekuatan seramai 62 anggota pasukan keselamatan daripada bomba, polis, Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dengan dibantu pegawai Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta pekerja kuari dalam operasi yang masuk hari kelima hari ini.
Kejadian pada 9.15 pagi Selasa lepas itu menyebabkan dua lelaki dipercayai tertimbus iaitu Kheow Loo Siew Soon, 49, dan Itam Lasoh, 43, manakala dua lagi, Mohd Razli Suhaimi, 35, mengalami patah tulang kaki serta Pan Tam, 38, hanya cedera ringan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
![Runtuhan kuari: Penyelamat letup batu besar cari 2 mangsa tertimbus Runtuhan kuari: Penyelamat letup batu besar cari 2 mangsa tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647082774_TBkuari.jpg)
Pasukan penyelamat berkata, proses pengalihan batu itu bergantung kepada faktor cuaca dan pergerakan tanah. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kuari runtuh: Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua berjaya dibawa keluar Kuari runtuh: Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua berjaya dibawa keluar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663755082_TBSERPIHANTULANG.jpg)
Kuari runtuh: Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua berjaya dibawa keluar
Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua dalam insiden runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berjaya dibawa keluar dari lokasi.
![Runtuhan kuari: Bangkai jengkaut kedua ditemukan Runtuhan kuari: Bangkai jengkaut kedua ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663680362_TBRUNTUHKUARI.jpg)
Runtuhan kuari: Bangkai jengkaut kedua ditemukan
Pasukan penyelamat hari ini menemui sebuah lagi bangkai jengkaut dalam operasi mencari mangsa terakhir yang terlibat dalam insiden runtuhan kuari di Keramat Pulai.
![Runtuhan kuari: JBPM guna khidmat K9, cuba kesan seorang lagi mangsa Runtuhan kuari: JBPM guna khidmat K9, cuba kesan seorang lagi mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663663720_TBKUARIBOMBA.jpg)
Runtuhan kuari: JBPM guna khidmat K9, cuba kesan seorang lagi mangsa
Bomba akan menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) bagi mencari seorang lagi pekerja kuari yang dikhuatiri masih tertimbus di tapak kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
![Kuari runtuh: Tunggu keputusan koroner berhubung status mangsa - Ketua Polis Perak Kuari runtuh: Tunggu keputusan koroner berhubung status mangsa - Ketua Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649841104_MiorFaridalathrash.jpg)
Kuari runtuh: Tunggu keputusan koroner berhubung status mangsa - Ketua Polis Perak
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata setakat ini pihaknya masih belum mendapat sebarang maklum balas berhubung perkara tersebut.
![Runtuhan kuari: UTP bantu operasi pencarian dua mangsa tertimbus Runtuhan kuari: UTP bantu operasi pencarian dua mangsa tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648526816_RuntuhankuariUTP.jpg)
Runtuhan kuari: UTP bantu operasi pencarian dua mangsa tertimbus
Universiti Teknologi Petronas guna peralatan khas yang boleh mengesan jentera jengkaut pada kedudukan yang sukar.
![Runtuhan kuari: Letupan kecil untuk pecah batu Runtuhan kuari: Letupan kecil untuk pecah batu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647760557_kuariletupbatu.jpg)
Runtuhan kuari: Letupan kecil untuk pecah batu
Operasi hari ke-13 mencari mangsa masih diteruskan dengan membuat pemantauan bagi kerja-kerja pengalihan batu.
![Kuari runtuh: Penyelamat kenal pasti lokasi mangsa dipercayai tertimbus Kuari runtuh: Penyelamat kenal pasti lokasi mangsa dipercayai tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647664421_TBKUARI.jpg)
Kuari runtuh: Penyelamat kenal pasti lokasi mangsa dipercayai tertimbus
Ia hasil perbincangan JBPM bersama semua agensi yang terlibat di dalam operasi pagi ini.
![Runtuhan kuari: MB Perak sangkal dakwaan abai kebajikan keluarga mangsa Runtuhan kuari: MB Perak sangkal dakwaan abai kebajikan keluarga mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647431947_SaaraniMohamadope.jpg)
Runtuhan kuari: MB Perak sangkal dakwaan abai kebajikan keluarga mangsa
Saarani menyangkal dakwaan bahawa kerajaan negeri mengabaikan bantuan kebajikan kepada keluarga dua mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kuari.
![Runtuhan kuari: 'Menantu saya orang baik' Runtuhan kuari: 'Menantu saya orang baik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647412673_runtuhankuarimena.jpg)
Runtuhan kuari: 'Menantu saya orang baik'
Dia bersama anaknya, Wak Uda Bah Kim yang juga isteri kepada mangsa setiap hari akan ke lokasi kejadian bagi menantikan perkembangan terkini operasi SAR Itam.
![Operasi SAR runtuhan kuari guna kaedah letupan terkawal - Ketua Polis Perak Operasi SAR runtuhan kuari guna kaedah letupan terkawal - Ketua Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647380405_OperasiMencari.jpg)
Operasi SAR runtuhan kuari guna kaedah letupan terkawal - Ketua Polis Perak
Ia bagi membersihkan laluan yang terhalang oleh bongkah batu besar, bagi mengesan kedudukan sebenar dua mangsa berkenaan.