Rungutan penduduk susulan tanah runtuh di Puchong
Astro Awani
April 2, 2013 19:37 MYT
April 2, 2013 19:37 MYT
Penghuni di Pangsapuri Seri Beringin yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara selama seminggu mendesak kerja pembaikkan cerun disegerakan.
Rata-rata kesemua mereka berhadap agar kehidupan mereka dapat kembali normal susulan kejadian tebing yang runtuh buat kali kedua Selasa Lalu.
Menurut salah seorang penghuni, Tanesh, nasib kami disini bagaikan jatuh tertimpa tangga.
"Sangat sukar untuk saya menjalani kehidupan di pusat permindahan berikutan mengandung selama tujuh bulan dimana terpaksa berkongsi tandas bermasa penghuni lain," kata Tanesh dengan kecewa.
Tambahnya, kami kecewa kerana sehingga kini masih belum ada pemimpin wakil rakyat yang prihatin datang melawat kesemua mangsa.
Dalam pada itu, ibu bapa mendakwa anak-anak mereka tidak dapat ke sekolah kerana masalah pengangkutan.
"Sampai bila kami harus tinggal disini? Pembelajaran anak-anak kami terabai begitu sahaja tanpa ada mana-mana pihak tampil memberikan sebarang pendekatan," kata mereka sebulat suara.
Setakat ini terdapat 183 mangsa atau 42 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Puchong Indah.