KUALA LUMPUR: Sambutan Rumah Terbuka Malaysia (SRTM) Tahun Baharu Cina 2021 menjadi acara rumah terbuka perayaan peringkat nasional yang pertama dilangsungkan dengan pendekatan amalan norma baharu sejak penularan COVID-19 di negara ini.
Kelainannya, sambutan acara yang dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum selain menampilkan nyanyian artis terkenal tempatan itu disiarkan di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Facebook Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya malam tadi.
Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata usaha kementerian itu sedikit sebanyak diharapkan dapat menceriakan lagi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2021.
"Mengambil semangat Tahun Lembu yang ditafsirkan oleh masyarakat Cina sebagai memiliki daya tahan lasak dan kuat, rakyat harus mengambil semangat ini untuk terus tabah mengharungi ujian dan wabak ini agar dapat kembali mengharungi hari-hari seperti sediakala," katanya dalam ucapan SRTM Tahun Baharu Cina Norma Baharu 2021.
SRTM Tahun Baharu Cina pada tahun ini buat julung kalinya diadakan menerusi platform dalam talian bagi mematuhi konsep norma baharu dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.
Program itu turut disempurnakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara maya, malah acara menggaul Yee Sang oleh Muhyiddin bersama Nancy dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut diadakan secara berasingan dari lokasi masing-masing.
BACA: Manfaat platform teknologi sambut Tahun Baharu Cina - PM
BACA: COVID-19: Kita tidak boleh berputus asa - PM Muhyiddin
Dalam pada itu, Wee berkata SRTM norma baharu itu amat bertepatan sebagai platform merapatkan hubungan silaturahim, sekali gus mengekalkan suasana harmoni dan muhibah dalam komuniti Tionghua dan juga masyarakat lain di Malaysia.
"Kita berasa sangat bersyukur dan bertuah kerana pihak kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kemajuan masyarakat Cina melalui sokongan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan keselamatan.
"Kita turut berasa bersyukur kerana diberi kebebasan mengamalkan adat resam, budaya dan agama dengan aman dan harmoni dalam satu rumpun Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 20 2021
Muhyiddin menggaul Yee Sang pada Sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina Norma Baharu 2021 yang disiarkan secara maya malam tadi. --fotoBERNAMA
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat kebangsaan di Kota Kinabalu Sabtu ini
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat kebangsaan akan diadakan pada Sabtu ini di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Penganjur rumah terbuka diminta cermat urus sisa buangan - LUAS
Antaranya, penganjur boleh memastikan sisa makanan dan sampah pepejal dikumpul dan dibuang ke tempat pelupusan sampah untuk dilupuskan.
Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat - Chow
Penganjuran rumah terbuka disifatkan sebagai wadah dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum seterusnya berupaya mengukuhkan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Merapatkan yang jauh: Rumah terbuka di kedutaan Malaysia bawa keceriaan
Sambutan hari raya di kedutaan mengubat kerinduan rakyat Malaysia di luar negara.
Anwar hadiri rumah terbuka Yang Dipertua Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Agong hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri MB Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di kediaman rasmi di Saujana di sini hari ini.
Rumah terbuka Aidilfitri meriah, erat hubungan kaum
Kemeriahan sambutan Aidilfitri hari ini bukan hanya dirasai umat Islam di negara ini malah turut diraikan masyarakat berbilang kaum menerusi penganjuran rumah terbuka.
Lebih 15,000 dijangka hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Jonker Walk
Lebih 15,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka dijangka memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka yang dijadual berlangsung di Jonker Walk di sini pada 22 Feb ini.
Rumah terbakar, suami isteri batal tempahan pelanggan
Mangsa kebakaran, Raja Norhanani Norabidin Shah berkata, akibat kejadian itu, mereka terpaksa membatalkan menu yang ditempah pelanggan untuk jamuan rumah terbuka.