Rumah panjang terbakar, 28 keluarga hilang tempat tinggal

Bernama
Julai 8, 2016 03:26 MYT
Hanya empat daripada 32 pintu rumah panjang kekal dua tingkat itu dapat diselamatkan. - Gambar hiasan
Sebanyak 28 daripada 32 keluarga dari Rumah Gadum di Jalan Ulu Bayong, 21km dari sini, hilang tempat tinggal selepas rumah panjang mereka musnah dijilat api malam tadi.
Pihak Bomba dan Penyelamat Sarikei yang menerima panggilan kebakaran itu pada 7.03 malam menghantar sebuah jentera dengan tujuh anggota yang diketuai Pegawai Bomba Unjah Janggau ke lokasi.
Mereka yang tiba di rumah panjang itu pada 7.35 malam berjaya mengawal kebakaran kira-kira sejam kemudian.
Hanya empat daripada 32 pintu rumah panjang kekal dua tingkat itu dapat diselamatkan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran masih disasat.
#kebakaran rumah panjang #Rumah panjang terbakar