ISKANDAR PUTERI: Pemilik Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang bernilai RM150,000 ke bawah hanya dibenarkan menjual kediaman mereka kepada pihak ketiga selepas tempoh 10 tahun daripada tarikh pembelian.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata dasar baharu itu bertujuan memastikan rumah mampu milik yang disediakan kerajaan negeri bagi membantu golongan B40 memiliki kediaman sendiri tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata dasar itu terpakai untuk RMMJ bagi kategori A yang berharga RM50,000, B (RM100,000) dan C (RM150,000).
"Dasar lama membenarkan rumah RMMJ dijual kepada pihak ketiga selepas lima tahun, tetapi mulai 1 Jan 2023 dasar baharu menetapkan boleh dijual selepas 10 tahun. Kita telahpun memulakan operasi pemeriksaan sejak tahun lepas untuk memastikan tiada mana-mana pihak menyalahgunakan kemudahan tersebut.
"Jika ada cubaan untuk menjual unit RMMJ sebelum tempohnya, Pejabat Tanah boleh menghalang urus niaga itu 'legally', iaitu pertukaran nama dalam geran tidak boleh dibuat," kata Mohd Jafni kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.
Sementara itu, ketika menjawab soalan lisan Abdul Aziz Talib (PN-Maharani) yang ingin mengetahui langkah untuk mengatasi projek perumahan bermasalah di Johor ketika persidangan berkenaan, Mohd Jafni berkata kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan pemaju projek perumahan swasta bagi membela nasib pembeli hartanah.
Mohd Jafni berkata setakat ini terdapat 33 projek perumahan sakit, manakala lapan projek perumahan terbengkalai di seluruh negeri ini.
"Projek sakit dan terbengkalai ini di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri. Tetapi jika ada pemaju yang mahu minta bantuan kita alu-alukan sebab kita ada PDRC (Jawatankuasa Perancangan, Pembangunan dan Rekabentuk) melibatkan saya sebagai pengerusi, Pejabat Tanah dan Galian, pihak berkuasa tempatan serta agensi lain termasuk Jabatan Kerja Raya dan Syarikat Air Johor.
"Jadi, projek seperti ini, pemaju perlu ada inisiatif untuk datang kepada pihak kerajaan negeri dan memaklumkan isu serta permasalahan dihadapi mereka, selepas mereka berbuat demikian barulah kerajaan negeri dapat membantu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
![Rumah Mampu Milik Johor boleh dijual selepas 10 tahun Rumah Mampu Milik Johor boleh dijual selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679392414_JafniMdShukor.jpg)
Mohd Jafni berkata dasar baharu itu bertujuan memastikan rumah mampu milik yang disediakan kerajaan negeri bagi membantu golongan B40 memiliki kediaman sendiri tidak disalahgunakan. - Gambar/ Bernama
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1 Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720886023_OswaldoMorales.jpg)
Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Sabah FC 3-1 dalam saingan di Stadium Likas malam ini.
![Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701925574_AKMALNASIR.jpg)
Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor
Kerajaan memperuntukkan RM206.8 juta bagi pembangunan infrastruktur berkaitan air di Johor meliputi 22 projek sambungan dan lapan projek baharu.
![Johor berjaya tarik 50 pusat data dalam dua tahun lepas - Onn Hafiz Johor berjaya tarik 50 pusat data dalam dua tahun lepas - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720043254_OnnHafizGhazi.jpg)
Johor berjaya tarik 50 pusat data dalam dua tahun lepas - Onn Hafiz
Pertumbuhan pesat dalam industri pusat data menunjukkan keupayaan Johor menjadi hab pusat data baharu di Asia.
![Operasi pembersihan, selenggara perparitan besar-besaran di Johor Operasi pembersihan, selenggara perparitan besar-besaran di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719897279_BencanaBanjirJoh.jpg)
Operasi pembersihan, selenggara perparitan besar-besaran di Johor
Johor telah menggerakkan operasi pembersihan dan penyelenggaraan longkang serta parit secara besar-besaran bagi mengatasi isu banjir kilat di negeri itu.
![Sokong, miliki bahan berkaitan Daesh, penganggur dihadap ke mahkamah Sokong, miliki bahan berkaitan Daesh, penganggur dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719289111_tbHasbullahHassan.jpg)
Sokong, miliki bahan berkaitan Daesh, penganggur dihadap ke mahkamah
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh.
![Pasang 170 tiang lampu di Lebuhraya Pasir Gudang, elak kemalangan Pasang 170 tiang lampu di Lebuhraya Pasir Gudang, elak kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719200997_LebuhrayaPasirGuda.jpg)
Pasang 170 tiang lampu di Lebuhraya Pasir Gudang, elak kemalangan
Keadaan Lebuhraya Pasir Gudang dari kawasan Perling yang dilaporkan gelap sehingga mengundang kemalangan jalan raya, mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
![Tumpahan minyak: Pembersihan Pantai Sungai Rengit, Teluk Ramunia bermula hari ini Tumpahan minyak: Pembersihan Pantai Sungai Rengit, Teluk Ramunia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718956524_TBminyaktumpah.jpg)
Tumpahan minyak: Pembersihan Pantai Sungai Rengit, Teluk Ramunia bermula hari ini
Kerja-kerja pembersihan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia susulan tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, bermula secara rasmi 9.30 pagi hari ini.
![Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718916143_HasniMohammad.jpg)
Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.
![Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657620609_TBmahathir.jpg)
Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M
Perjanjian itu dibatalkan apabila orang Melayu bergabung dalam UMNO dan membantah serta menolak Perjanjian MacMichael dan Malayan Union.
![JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717848298_JPN.jpg)
JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.