Rumah jenis separuh kekal terbakar 80% di Tuaran

Mirlen Axtius
Ogos 13, 2022 04:20 MYT
Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal di Kampung Roun, Tuaran, pada Sabtu. - Foto ihsan bomba
TUARAN: Sebuah rumah jenis separuh kekal terbakar 80 peratus di Kampung Roun, di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohd Abd Qawie Abdul Gapar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.38 petang sebelum bergerak ke lokasi yang terletak 7 kilometer dari Balai Bomba Tuaran.
"Berlaku kebakaran yang melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 60×40 kaki persegi, terbakar 80 peratus.
"Pasukan bomba bertindak memadam api menggunakan satu aliran 200 kaki pancutan dari jentera FRT dan Water Tanker," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya, tidak ada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Operasi dilaporkan terkawal pada jam 4.45 petang dan setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain operasi ditamatkan pada jam 5.13 petang.
#kebakaran #rumah separuh kekal #Tuaran #Kampung Roun
;