Rumah dihempap pokok ketika hujan lebat

Bernama
April 24, 2017 20:25 MYT
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas telah dimaklumkan untuk bantuan memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang.
Sebuah rumah dihempap sebatang pokok kelapa akibat hujan lebat dan angin kuat di Felda Bukit Jalor, Tampin dekat sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak, bagaimanapun berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 6 petang itu.
"Menurut Ketua Kampung Felda Bukit Jalor, kejadian berpunca apabila pokok bidara di belakang rumah berkenaan disambar petir ketika hujan lebat lalu tumbang mengenai pokok kelapa di sebelahnya dan pokok kelapa berkenaan telah mengenai bahagian dapur rumah tersebut.
"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas telah dimaklumkan untuk bantuan memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata kerugian harta benda belum ditafsirkan. -- BERNAMA
#Felda Bukit Jalor #Gemas #hujan lebat #kemalangan jiwa #pokok #rumah #Supt Hamazah Ab Razak #Tampin
;