Rukun Negara, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan antara legasi Salleh Abas

Firdaus Azil
Januari 16, 2021 11:00 MYT
Salleh Abas menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 3.20 pagi.
KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ramai pihak.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ciapan di Twitternya berkata, jasa Allahyarham terhadap negara sangat besar, termasuk bagaimana beliau menulis sendiri draf berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993.
Abdul Hadi berkata, pengalaman yang diperoleh itu sangat berharga sewaktu beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Enakmen tersebut.

Rasa sedih menyelubungi suasana pagi ini tatkala mendapat perkhabaran pemergian Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas ke rahmatullah. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum, semoga sabar dan redha atas ujian ini. pic.twitter.com/FBDVN8xVSG

— Abdul Hadi Awang (@abdulhadiawang) January 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Rasa sedih menyelubungi suasana pagi ini tatkala mendapat perkhabaran pemergian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas ke rahmatullah.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum, semoga sabar dan redha atas ujian ini,” katanya lagi.
Mohamed Salleh meninggal dunia pada usia 91 tahun di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada pukul 3.20 pagi.
BACA: Tun Salleh Abas meninggal dunia
Dalam pada itu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M Kulasegaran turut berkongsi kesedihannya terhadap pemergian tokoh undang-undang negara itu.

He helped draft the National Philosophy in 1970 and also strongly argued why an independent judiciary is necessary and should stand up to the Executive. Rest in Peace

— M. Kula Segaran (@mkula) January 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kulasegaran, yang juga bekas Menteri Sumber Manusia berkata, Allahyarham akan dikenang sebagai seorang tokoh yang sangat memegang teguh kepada prinsip keharmonian antara kaum di negara ini.
“Beliau membantu membuat draf mengenai Rukun Negara pada 1970 dan selalu menegaskan mengapa kebebasan kehakiman perlu berdiri sama tinggi dengan kuasa eksekutif,” katanya lagi.
#Salleh Abas #meninggal dunia #Rukun Negara #Kanun Syariah Kelantan #Abdul Hadi Awang #M Kulasegaran #undang-undang #jenayah #DAP #PAS #menteri
;