Individu yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi digalakkan merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) supaya tidak menjadi mangsa penipuan.
Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata MQA merupakan agensi yang akan mengenal pasti semua program yang diakreditasi di universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT), lapor Bernama.
"Jadi kepada semua yang ingin melanjutkan pengajian kementerian menggalakkan mereka rujuk dengan MQA supaya tidak tertipu.
"MQA sudah membuat piawaian yang tinggi untuk tujuan itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek Sekolah Rendah kebangsaan Taman Pelangi, di sini, hari ini.
Semalam, sebuah akbar berbahasa Cina tempatan melaporkan beberapa universiti di luar negara menjadi 'kilang ijazah' dengan menawarkan 'kelayakan akademik' kepada pemohon secara dalam talian tanpa memerlukan mereka mengikuti apa-apa pengajian.
Menurut laporan itu, keadaan demikian berlaku terutamanya membabitkan 'universiti' yang dikatakan dari Amerika Syarikat yang beroperasi dari rumah kedai atau pejabat kecil.
Astro Awani
Mon Feb 11 2019

MASZLEE: Kepada semua yang ingin melanjutkan pengajian kementerian menggalakkan mereka rujuk dengan MQA supaya tidak tertipu. -Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

USM berjaya kekalkan status swaakreditasi
Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan pengiktirafan sebagai sebuah universiti berstatus swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

UKKM mula operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dijangka memulakan operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini selepas mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

PKP: IPT perlu ganti latihan industri dengan kaedah alternatif - MQA
Perubahan itu perlu kerana pihak industri terpaksa menangguh atau menolak permohonan pelajar untuk menjalani latihan industri di syarikat mereka.

Semua program UPM ada akreditasi - MQA
Bagi memastikan jaminan kualiti program ditawarkan mengikut standard maksimum, MQA membuat audit secara berkala di universiti yang dianugerahi status swaakreditasi.

Jangan bantutkan usaha Malaysia jadi hab pendidikan tinggi - MQA
Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata agenda itu kini berada pada landasan yang betul dan Malaysia mampu menjayakannya.

MQA bidas dakwaan kursus IPT tak relevan, punca graduan menganggur
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) membidas dakwaan yang mengatakan kursus ditawarkan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan tidak relevan dan menjadi antara punca graduan menganggur.

MQA mahu turun padang ke IPT seluruh negara
MQA akan mengadakan jelajah ke IPT seluruh negara tahun ini iaitu 20 universiti awam (UA) dan lebih 400 IPT swasta.

MQA mahu kukuh peranan di persada global
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mahu mengukuhkan peranannya di peringkat antarabangsa dalam memberikan akreditasi pendidikan tinggi.

Mohammad Shatar Sabran dilantik CEO Agensi Kelayakan Malaysia
Prof. Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang baharu.

UTHM mahu kuota sedia ada program matrikulasi dikekalkan
UTHM akan sentiasa membantu negara mencapai agenda nasional iaitu memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi melalui wadah pendidikan terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan profesional.