Rt kembali 1.0: KKM pantau kemasukan kes ke hospital

Sinar Harian
November 12, 2021 02:10 MYT
Rt negara kembali kepada nilai 1.0 pada Khamis.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau kemasukan kes ke hospital dan lain-lain indikator susulan kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kembali meningkat kepada nilai 1.0.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapannya juga menasihati orang ramai agar hadir bagi mendapatkan dos penggalak selepas diberi tarikh janji temu.
"Ambillah (dos penggalak).
''Warga emas, elakkan berada di kawasan sesak," ciapnya pada Jumaat.

National Rt back to 1.0. We are monitoring hospital admissions & other leading indicators. If you have been given an appointment for a booster dose, take it. The elderly, where possible, should avoid crowded places. Practice #TRIIS https://t.co/JUiMgPtJqr

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapnya memaklumkan Rt negara kembali kepada nilai 1.0 pada Khamis.
Dua wilayah dan empat negeri mencatat nilai Rt melebihi 1.0 iaitu Putrajaya (1.16), Kuala Lumpur (1.04), Selangor (1.03), Kelantan (1.02), Negeri Sembilan (1.01) dan Pahang (1.01).
Nilai Rt bagi negeri lain adalah Sabah (0.98), Kedah (0.98), Melaka (0.94), Perlis (0.94), Johor (0.93), Pulau Pinang (0.91), Terengganu (0.90), Perak (0.88) dan Sarawak (0.87).

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.0. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/alnytcI3FG

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rt adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat.
Ia merujuk kepada keberjangkitan iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh virus yang dibawa oleh kes dalam wabak tersebut.
Artikel asal di Sinar Harian
#kadar kebolehjangkitan #R-Naught #Khairy Jamaluddin #Noor Hisham Abdullah