HULU TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan pertemuan dengan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) berhubung laporan kenaikan harga roti yang dijadual berkuat kuasa 1 Dis ini.
Susulan itu, Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya meminta syarikat berkenaan mengemukakan justifikasi berhubung rancangannya menaikkan harga makanan berkenaan.
Katanya, peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan mentah menjadi antara faktor utama Gardenia KL menyemak semula harga roti jenama Gardenia keluaran syarikat itu.
Namun, Rosol berkata, KPDNHEP meminta supaya cadangan kenaikan harga itu ditangguhkan dahulu bagi mengurangkan tekanan kepada pengguna ketika ini.
Menurutnya, kementerian dijangka menerima maklum balas mengenai saranan penangguhan kenaikan harga itu esok (29 Nov).
"Dikatakan, harga gandum dunia sudah meningkat kerana COVID, kerana cuaca, iklim dan sebagainya. Cara yang konservatif ialah dengan memberi subsidi.
"Tetapi pegawai kita telah berhubung dengan syarikat roti tersebut, bertanyakan kenapa perlu dinaikkan dan apa justifikasinya," kata Rosol ketika ditemui di sini semalam.
BACA: Roti Gardenia naik harga bermula 1 Disember
Terdahulu pada 25 Nov, Gardenia KL menerusi satu kenyataan mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 Dis ini.
Syarikat itu berkata, peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan meletakkan ia dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga.
Astro Awani
Sun Nov 28 2021
![Roti Gardenia naik harga: KPDNHEP minta kemuka justifikasi Roti Gardenia naik harga: KPDNHEP minta kemuka justifikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81638065060_Rosol.jpg)
ROSOL: Pegawai kita telah berhubung dengan syarikat roti tersebut, bertanyakan kenapa perlu dinaikkan dan apa justifikasinya. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Gardenia KL sahkan harga roti naik, terkesan akibat banjir, krisis bekalan Gardenia KL sahkan harga roti naik, terkesan akibat banjir, krisis bekalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661688874_RotiGardeniaStese.jpg)
Gardenia KL sahkan harga roti naik, terkesan akibat banjir, krisis bekalan
Pengeluar produk roti, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengesahkan beberapa produknya akan mengalami kenaikan harga bermula 1 September ini.
![KPDNHEP komited pantau punca kenaikan harga barangan di pasaran KPDNHEP komited pantau punca kenaikan harga barangan di pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637859958_MenteriPerdagangan.jpg)
KPDNHEP komited pantau punca kenaikan harga barangan di pasaran
KPDNHEP akan memanggil pihak syarikat itu pada Jumaat untuk memperoleh maklumat mengenai punca kenaikan harga produk berkenaan.
![Gardenia naikkan harga roti Gardenia naikkan harga roti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41606715837_gardenialogo.jpg)
Gardenia naikkan harga roti
Beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal menyaksikan peningkatan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember.