Roti canai dinobatkan roti terbaik di dunia

Sinar Harian
September 10, 2023 15:17 MYT
Roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Roti canai kegemaran rakyat Malaysia telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas.
Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi, Instagram milik Tasteatlas pada Ahad.
Menerusi carta berkenaan, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.
Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas tetapi sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India.
Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu. - Sinar Harian
#roti canai #Malaysia #roti terbaik di dunia #Tasteatlas
;