Ross Yusof meninggal dunia pada usia 55 tahun

Astro Awani
Disember 15, 2021 21:17 MYT
Penyampai sukan radio terkenal, Ross Yusof meninggal dunia pada usia 55 tahun dipercayai akibat serangan jantung.
KUALA LUMPUR: Penyampai sukan radio terkenal, Ross Yusof meninggal dunia pada usia 55 tahun dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham mengembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Petaling Jaya pada pagi Rabu.
Difahamkan, kejadian disedari anaknya yang sebelum itu memberitahu rakan-rakan bapanya bahawa dia terdengar arwah batuk seperti biasa.
Bagaimanapun, anaknya itu dikatakan terdengar bunyi dentuman kuat sebelum mendapati arwah dalam keadaan terbaring dan tidak menyedarkan diri.
Nama Ross tidak asing lagi dalam industri hiburan apabila pernah menempa nama bidang pengacaraan bola sepak dan juga penyampai radio di Hitz FM, Mix FM dan BFM.
Pemergian Ross turut diratapi oleh beberapa figura ternama seperti Francessca Peter dan Iman Corinne.
Francessca akui bersedih atas kehilangan beliau yang disifatkan sebagai seorang lelaki budiman, lembut dan sangat sopan.
Selain itu, ramai pengguna Twitter turut menciap takziah kepada ahli keluarga Ross atas kehilangan tersebut.
#Ross Yusof #penyampai radio terkenal #meninggal dunia #serangan jantung #Petaling Jaya
;