Rosmah tinggalkan kediaman di Langgak Duta

Hilal Azmi
Julai 3, 2018 16:28 MYT
Rosmah dilihat keluar menggunakan sebuah kereta jenis SUV dengan berselendang di kepala kira-kira pukul 12.05 tengah malam.

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat meninggalkan kediaman pasangan itu di Jalan Langgak Duta tengah malam tadi.

Rosmah dilihat keluar menggunakan sebuah kereta jenis SUV dengan berselendang di kepala kira-kira pukul 12.05 tengah malam.
Ketika keluar, kenderaan terbabit turut kelihatan membawa lima individu.
Sebelum itu peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah turut dilihat memasuki perkarangan rumah Datuk Seri Najib sekitar jam 9:30 malam tadi.
Kediaman pasangan itu sememangnya menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa sejak petang tadi.
Najib sebelum itu ditahan pegawai SPRM kira-kira pukul 2.35 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Pasukan Petugas Khas (1MDB) turut mengesahkan telah membuat tangkapan berkaitan SRC International Sdn Bhd.
Najib akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

#1MDB #Kuala Lumpur #mahkamah #Najib Razak #Perdana Menteri #Rosmah Mansor #SPRM #SRC International