Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Afiezy Azaman
April 10, 2019 09:27 MYT
Rosmah tiba pada 8.50 pagi menaiki kereta jenis Proton Perdana, mengenakan pakaian dan berselendang hijau. - Gambar Twitter/@AfiezyAzaman
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dipercayai bagi menghadapi pendakwaan kes berkaitan penyelewengan projek tenaga solar sekolah di Sarawak.
Beliau tiba pada 8.50 pagi menaiki kereta jenis Proton Perdana, mengenakan baju kurung dan berselendang hijau.
Beliau kelihatan tenang dan tersenyum ketika diiringi masuk ke Mahkamah Sesyen 9 di sini, hari ini.
Hadir sama menemani Rosmah adalah anaknya, Ashman Najib.
Semalam, Rosmah ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan selama dua jam, namun dibebaskan dengan jaminan badan pencegah rasuah itu.
Difahamkan, Rosmah disoal siasat berhubung kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.
Pada November tahun lalu, Rosmah didakwa atas dua pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah KL pada 8.50 pagi bagi pendakwaan kes dipercayai berkaitan kes penyelewengan projek tenaga solar sekolah di Sarawak. @501Awani pic.twitter.com/5Nx3RATfn3

— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) April 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rosmah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan itu.
Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
#1MDB #Ashman Najib #kes penyelewengan #Mahkamah Kuala Lumpur #Najib Razak #Rosmah Mansor #SPRM
;