Rosmah Mansor ditahan SPRM, didakwa di mahkamah hari ini

Astro Awani
April 9, 2019 06:57 MYT
Rosmah Mansor ditahan ketika hadir memberikan kenyataan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes solar. - Gambar fail
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada pukul 1.45 petang Selasa.
Rosmah, bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan SPRM.
SPRM sebelum itu telah mendapat izin mendakwa daripada pejabat Peguam Negara bagi menuduh Rosmah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pagi Rabu.
Kenyataan SPRM menyebut Rosmah bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 16 (A) (a) Akta SPRM 2009.
SPRM telah menahan Rosmah selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes solar pada pukul 1.40 petang.
BACA: Projek hibrid solar: Rosmah mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1.5 juta
BACA: Najib dipanggil SPRM berhubung kes pemasangan tenaga solar
BACA: Najib jawab dakwaan Rosmah beli berlian merah jambu
#didakwa di mahkamah esok #kes solar #Kuala Lumpur #Mahkamah Sesyen #Rosmah Mansor ditahan SPRM #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
;