Datin Seri Rosmah Mansor berkongsi pengalaman Malaysia mengatasi masalah perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak semasa mesyuarat sarapan anjuran Yayasan Ford di sini pada Selasa (Rabu di Malaysia).
Isteri Perdana Menteri berkata perkahwinan kanak-kanak jarang berlaku di Malaysia berikutan kewujudan sistem pendidikan negara yang baik dan kadar kemiskinan yang rendah.
"Enrolmen kanak-kanak lelaki dan perempuan di sekolah rendah adalah 99 peratus...kira-kira 70 peratus pelajar perempuan kini mendaftar di universiti," katanya pada 'Breakfast Panel on Girls not Bride' di Yayasan Ford di sini.
Mesyuarat sarapan berkenaan turut dihadiri Puteri Mabel Van Oranjestad dari Belanda serta pasangan pemimpin dari Panama dan Zambia.
Kadar kemiskinan pada tahap rendah iaitu 0.6 peratus dan usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan wanita terutamanya ibu tunggal turut menyumbang ke arah kejayaan negara dalam mengatasi masalah berkenaan, kata Rosmah.
Perundangan Malaysia, menurut Rosmah menyekat dan mempunyai pendekatan lebih berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada dipaksa untuk berkahwin pada awal usia.
Beliau berkata, pada tahun lepas, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan satu Pasukan Petugas Perlindungan Kanak-Kanak, yang antara lain bertujuan meningkatkan had umur berkahwin bagi seorang gadis iaitu dari 16 tahun kepada 18 tahun di bawah Undang-undang Syariah agar ia konsisten dengan Akta Kanak-Kanak.
Pasukan petugas itu juga melihat usaha ke arah menyediakan pendidikan penjagaan kesihatan reproduktif kepada remaja berusia 13 tahun ke atas, menubuhkan sekolah untuk golongan gadis yang belum berkahwin, memperluaskan kemahiran keibubapaan dan memupuk nilai moral dalam kalangan belia melalui media sosial.
Rosmah berkata perkahwinan kanak-kanak di Malaysia hanya berlaku dalam keadaan tertentu antaranya disebabkan menghalalkan kehamilan luar nikah dan mencegah salah laku sosial seperti seks bebas, penyalahgunaan dadah, gangsterisme serta isu lari dari rumah.
Yayasan Ford ditubuhkan oleh usahawan automobil, Henry Ford dan Edsel Ford pada 1936, antara lain, bertujuan untuk ekonomi, pendidikan, hak asasi manusia dan pemerkasaan demokrasi.
Rosmah berada di sini kerana mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena lawatan kerja dan menghadiri sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bernama
Wed Sep 30 2015
ROSMAH: Enrolmen kanak-kanak lelaki dan perempuan di sekolah rendah adalah 99 peratus.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
101,385 tuntut Insuran Kehilangan Pekerjaan - Perdana Menteri
Perdana Menteri berkata, statistik tersebut menunjukkan peningkatan berbanding kira-kira 40,000 dan 24,000 pekerja masing-masing pada 2019 dan 2018.
Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah
Kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi melihat kaedah-kaedah baharu yang lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan masalah kemiskinan di Sabah dapat ditangani.