Rosmah hadiri majlis Tahlil, wanita Perak

Bernama
Februari 15, 2013 14:26 MYT
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yasin bersama-sama hampir 2,000 wanita negeri Perak di Masjid Sultan Idris Shah II di sini Jumaat.
Rosmah bersama-sama jemaah wanita dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan wanita Islam, Pergerakan Wanita Umno dan Puteri Umno serta masyarakat sekitar bandar raya ini kemudiannya mengikuti kuliah agama yang disampaikan Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz.
Turut hadir isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Saripah Zulkifli dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Perak Datuk Rusnah Kassim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta.
Terdahulu, seluruh jemaah wanita menunaikan solat sunat Dhuha.
Rosmah berada di sini bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan kerja sehari ke Perak hari ini.
#Datin Rosman Mansor #Datin Seri Saripah Zulkifli #Perak #tahlil #wanita
;