Rosmah ditahan SPRM, didakwa esok

Astro Awani
Oktober 3, 2018 16:11 MYT
Difahamkan, pendakwaan melibatkan Rosmah itu atas kesalahan pengubahan wang haram. - FotoBernama
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Menurut sumber, Rosmah ditahan pada pukul 3.20 petang selepas disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Rosmah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi, esok.
Difahamkan, pendakwaan melibatkan Rosmah itu atas kesalahan pengubahan wang haram.
Perkara itu disahkan peguam Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent dalam satu pesanan ringkas kepada media.
[LAPOR LANGSUNG] 1MDB Najib di PDRM, Rosmah pula ke SPRM
[Berita lanjut menyusul]
#Datin Seri Rosmah Mansor #Datuk Geethan Ram Vincent #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
;