Rosmah dibicara: Najib akur diarah keluar mahkamah

Hasimi Muhamad
Februari 6, 2020 12:52 MYT
Najib dengan tenang akur dengan perintah tersebut dengan menjawab 'okay', lalu bangun meninggalkan mahkamah. - Gambar fail
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang hadir menyaksikan perbicaraan melibatkan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, diarah Mahkamah Tinggi di sini agar meninggalkan premis mahkamah.
Rosmah ketika ini sedang menghadapi perbicaraan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana bagi pembekalan dan pemasangan tenaga solar melibatkan 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Arahan itu dikeluarkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib menimbulkan bantahan terhadak kehadiran Najib di galeri awam.
“Dalam kes ini, kenyataan Najib direkodkan, beliau adalah saksi yang berpotensi,” kata Ahmad Akram kepada Mahkamah Tinggi hari ini.
Susulan itu, Mohamed Zaini mengeluarkan perintah agar Najib mengundurkan diri dari mahkamah.
“Saya minta maaf tetapi saya perlu meminta kepada anda untuk mengundurkan diri," katanya kepada Najib.
Najib dengan tenang akur dengan perintah tersebut dan menjawab "okay” lalu bangun meninggalkan mahkamah.
Difahamkan, semalam Najib turut hadir mendengar prosiding perbicaraan isterinya itu.
BACA: Jurufoto SPRM tunjuk gambar lokasi Rosmah terima wang RM1.5 juta
BACA: SPRM soal siasat doktor yang keluarkan MC kepada Rosmah - Peguam
BACA: Rosmah didakwa boleh pengaruhi keputusan kerajaan - Pendakwa
#akur perintah mahkamah #keluar mahkamah #luar bandar #Najib Razak #perbicaraan #prosiding #Rosmah Mansor #sekolah
;