RoS tolak pendaftaran parti Pejuang - Peguam
Astro Awani
Januari 7, 2021 10:59 MYT
Januari 7, 2021 10:59 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menerusi satu surat yang dikeluarkan pada Rabu.
Perkara tersebut disahkan peguam Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali, menurut laporan theedgemarkets.com hari ini.
Menurut Muhammad Rafique, pihaknya menerima surat tersebut pada jam 5.45 petang semalam.
Keputusan itu dibuat ketika permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik dijadual diperdengar di Mahkamah Rayuan Kuasa-Kuasa Khas 2 pagi ini.
Susulan itu, parti tersebut mungkin akan memfailkan rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mempertimbangkan semula keputusan itu.
"Dengan itu, semakan kehakiman yang dijadual hari ini hanya bersifat akademik kerana kami akan terpaksa membuat rayuan secara terus kepada Menteri Dalam Negeri dalam masa 30 hari selepas keputusan itu, menurut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966," Rafique dipetik berkata.
Pejuang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos 2020.
Tegas bekas perdana menteri itu, Pejuang bersifat inklusif dan moderat dan akan berbeza dibandingkan parti Melayu dan Pribumi lain.
#Pejuang
#pendaftaran
#Muhammad Rafique Rashid Ali
#ros
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
#semakan kehakiman
#akademik
#mahkamah
#Mahathir Mohamad
#Kementerian Dalam Negeri
#politik
#Mahkamah Rayuan
#JPPM