ROS batal pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia
Astro Awani
Julai 26, 2023 13:35 MYT
Julai 26, 2023 13:35 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dilaporkan membatalkan pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) berkuat kuasa Khamis lalu.
Menurut bekas Setiausaha Agung MTC Datuk Noorzaleha Baharuddin dalam satu kenyataan, pembatalan itu dibuat selepas MTC didapati dengan sengaja melakukan kesalahan bertentangan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk kesalahan didakwa dilakukan MTC yang menyebabkan ROS membatalkan pertubuhan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa ROS sudah mengeluarkan surat pembatalan pertubuhan MTC bertarikh 20 Julai lalu
Susulan itu, mana-mana individu yang menggunakan nama atau menyamar sebagai pegawai MTC adalah menyalahi Akta 335.