RON97 naik satu sen, RON95, diesel tidak berubah
Bernama
Julai 7, 2021 18:37 MYT
Julai 7, 2021 18:37 MYT
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.69 sebelum ini manakala harga RON95 dan diesel tidak berubah bermula tengah malam ini hingga 14 Julai depan.
Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 sen seliter manakala harga diesel kekal pada paras RM2.15 sen seliter.
Menurut kenyataan itu, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling yan g ditetapkan," demikian menurut kenyataan itu.
Kementerian itu berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA