RON97 naik 5 sen, harga RON95 dan diesel kekal

Astro Awani
Mac 10, 2021 17:19 MYT
Harga petrol RON97 meningkat sebanyak lima sen dari RM2.35 seliter kepada RM2.40 seliter mulai 11 Mac ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik sejumlah lima sen dari RM2.35 seliter kepada RM2.40 seliter mulai 11 Mac hingga 17 Mac ini.
Harga petrol RON95 dan diesel kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter, masing-masing.
Kementerian berkenaan turut menegaskan, harga RON95 dan diesel akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia meningkat.
Mekanisme harga minyak mingguan ini diperkenalkan semula pada 5 Jan, 2019 di bawah Mekanisme Harga Automatik (Automatic Pricing Mechanism).
#RON95 #RON97 #petrol #diesel #Kementerian Kewangan
;