RON97 lepasi harga RM2 seliter, RON95 naik 3 sen tengah malam ini

Astro Awani
Ogos 21, 2020 19:37 MYT
Harga runcit bagi RON97 kini melebihi RM2 apabila naik tiga sen seliter. - Gambar BERNAMA
Harga petrol RON95 naik tiga sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.71 seliter bermula 12 tengah malam ini.
Harga runcit bagi RON97 pula kini melebihi RM2 apabila ekoran kenaikan tiga sen seliter dari RM1.98 seliter kepada RM2.01 seliter.
Sementara itu, harga runcit bagi minyak diesel turun sebanyak dua sen seliter iaitu daripada RM1.82 seliter kepada RM1.80 seliter.
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga tersebut adalah bagi tempoh 22 Ogos hingga 28 Ogos ini.
#diesel #Facebook #kekal #KPDNHEP #minyak #naik #petrol #RON95 #RON97 #turun
;