RON95, RON97 naik tiga sen, diesel naik empat sen

Astro Awani
November 27, 2020 17:45 MYT
Harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.67, RON97 (RM1.97) dan diesel (RM1.85). - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter, manakala harga diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini (28 Nov 2020).
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.67, RON97 (RM1.97) dan diesel (RM1.85).
Menurut kenyataan itu, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
#petrol #diesel #RON95 #RON97 #minyak #harga minyak #Kementerian Kewangan
;