RON95, RON97 naik 3 sen, diesel naik 4 sen
Astro Awani
Jun 19, 2020 18:47 MYT
Jun 19, 2020 18:47 MYT
Harga petrol RON97 dan RON95 naik sebanyak 3 sen bermula 20 Jun hingga 26 Jun 2020.
Ini menjadikan harga RON97 menjadi RM1.89 seliter manakala RON95 pula menjadi RM1.59 seliter.
Harga diesel pula naik 4 sen menjadi RM1.77 seliter.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, kenaikan harga tersebut dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.
Kenyataan itu menambah, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.