#RON95: Rakyat luahkan di media sosial

Izza Izelan
November 21, 2014 10:19 MYT
Apa kesan pengapungan terkawal harga minyak RON95 kepada anda?
Sejurus pengumuman penetapan harga runcit petrol RON95 dan diesel akan mengikut kaedah pengapungan terkawal, rakyat mula meluahkan pandangan mereka di media sosial.
Apa yang paling ketara, rata-rata orang ramai kurang faham dengan kaedah tersebut; sama ada ia bermakna harga minyak akan naik, atau pun turun.
Antara yang paling aktif menerangkan kepada rakyat tentang kaedah pengapungan terkawal (managed float) ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Melalui laman Twitter miliknya, Khairy berinteraksi dengan orang ramai yang bertanyakan mengenai penghapusan subsidi oleh kerajaan, serta memberi pemahaman ringkas kepada yang bertanya.

Pengapungan terkawal RON95 & diesel bermaksud harga runcit ditentukan oleh harga purata pasaran minyak mentah selama sebulan.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau turut memberi pandangan mengenai pelaksanaan sistem pengapungan terkawal tersebut.

If the market price of crude oil continues downward trend, very possible RON95 price will be lower in Dec 1.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di Twitter dan Instagram, hashtag #RON95 menjadi trending dengan pelbagai pandangan positif serta negatif dilontarkan para pengguna.

#Ron95 price to be floated in #Malaysia. Good in the short term but high price awaits.#endofsubsidy #costofliving http://t.co/LsWgPlH6kz

— Nafis Alam (@nafisalam) November 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I think some taking advantage and put blame on govt when price went up behind #RON95 whatever price. Lepas ni nak pakai alasan apa?

— Oscar-Delta-Sierra (@ondstreet) November 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

In the end orang nak harga petrol murah. Regardless of the mechanism. Apung, terkawal, subsidi dok kisah asalkan murah. Kesan minde subsidee

— Shahmat D. Fallasic (@sicfallacy) November 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Andy Lee meramalkan tahun yang sukar buat golongan pertengahan.

No subsidy for RON95 & diesel. GST next yr. 2015 is going to be a challenging year for the middle income rakyat. #RON95

— Andy Lee (@ND_Lee) November 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi yang mengambilnya dari sudut yang positif, mereka tahu ada yang tetap tidak berpuas hati dengan apa sahaja keputusan yang dibuat kerana tidak memikirkan pelaksanaannya secara logik.

Subsidi sama je dengan BR1M. Once it stopped, orang akan amuk juga lah. Tanpa memikirkan kebaikan/mekanisme logik pelaksanaannya.

— Baby Monster! (@TedWrites) November 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang menjangkakan, harga minyak RON 95 akan turun tidak lama lagi.

CHEAP RON95 COMING!! pic.twitter.com/QLXOyJAdxP

— ariff.alyahya (@ariffalyahya77) November 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apa pun, rakyat memerlukan penerangan lebih jelas tentang bagaimana kaedah pengapungan terkawal dan penghapusan subsidi minyak akan memberi kesan kepada mereka.
Ada pandangan atau pun komen? Hantarkan ke Facebook kami, atau twitter kami di @501awani.
#minyak #RON95 #subsidi