RON 97 naik 4 sen, RON 95 dan diesel kekal

Luqman Hariz
Julai 5, 2019 17:07 MYT
Harga baharu ini berkuatkuasa esok sehingga Jumaat akan datang. - Gambar fail Reuters
HARGA runcit petrol RON97 meningkat 4 sen, manakala RON95 dan diesel kekal pada harga semasa bagi tempoh 6 hingga 12 Julai 2019.
Berikut adalah harga terkini harga ketiga-tiganya menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) yang diterbitkan hari ini:
Menurut MOF, berdasarkan Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel sepatutnya diletakkan pada RM2.23 seliter dan RM2.32 seliter masing-masing.
Tetapi kerajaan mengambil tindakan bagi mengekalkan harga semasa menerusi subsidi.
Tambahnya, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 6 Julai sehingga 12 Julai 2019 adalah sebanyak RM99.53 juta.
#harga minyak #Kementerian Kewangan #minyak #RON95 #RON97
;