Rombongan haji pertama dari Malaysia selamat tiba

Astro Awani
September 7, 2013 21:47 MYT
Rombongan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed Abdul Aziz di Madinah kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan atau 12 tengah hari waktu Malaysia.
Semua jemaah kemudian dibawa dengan bas ke hotel penginapan Anwar Al-Madinah Movenpick setelah menyelesaikan urusan pemeriksaan imigresen dan kastam yang mengambil masa kira-kira sejam.
Ketibaan rombongan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf.
Konsul Malaysia di Arab Saudi Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak, Timbalan Ketua rombongan haji Tengku Aziz Raja Abdullah dan ketua Muassasah Adila, Dr. Yusof Ahmad Hawala.
Sebanyak 22,320 jemaah haji dari Malaysia akan tiba secara berperingkat untuk mengerjakan ibadah haji musim ini.
Jumlah itu berkurangan sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi kepada seluruh negara di dunia.
#Haji #Madinah #Mekah #rombongan
;