Rombakan Kabinet: Saya tidak tahu, kalau berlaku nanti saya bagi 'special interview' - Saifuddin

Astro Awani
September 5, 2019 20:21 MYT
Saifuddin enggan mengulas lanjut kerana hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. - - Gambar fail/Bernama
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berseloroh kononnya beliau sendiri akan memberikan slot temubual eksklusif kepada wakil media sekiranya dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri sekiranya berlaku rombakan Kabinet.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu bagaimanapun mengaku tidak maklum tentang ura-ura beliau akan dilantik ke jawatan yang dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini.
“Pasal rombakan Kabinet, portfolio di luar jangkaan, pengetahuan saya. Seandainya berlaku, sekarang berlaku ke belum?
“Kalau berlaku nanti saya bagi ‘special interview’ untuk jawab balik, saya tidak hendak ‘speculate’ yang itu dan saya harus hormat bidang kuasa Perdana Menteri,” beliau berkata demikian ketika hadir di pra pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di sini, siang tadi.
BACA: Kementerian Pendidikan 'dipecah' hanya khabar angin - Maszlee
BACA: Cadangan pertukaran portfolio usaha Dr Mahathir tingkat prestasi kementerian - Saifuddin
BACA: "Tiada menteri baharu, hanya pertukaran portfolio" - Tun Mahathir
Sebelum ini, khabar angin mengatakan rombakan pertama dalam Kabinet Pakatan Harapan (PH) akan berlaku dan portfolio beberapa kementerian akan ditukar.
Selain mengatakan menteri KPDNHEP yang akan menggantikan Muhyiddin, sebuah portal memetik sumber berkata, Lim Guan Eng juga bakal digugurkan daripada Kementerian Kewangan dan berpindah ke portfolio baharu.
Perdana Menteri sebelum ini menafikan laporan akan berlakunya rombakan Kabinet pada bila-bila masa, namun mengakui ada memikirkan untuk melakukan pertukaran portfolio cuma belum berbuat demikian.
#kabinet #Kementerian Kewangan #Lim Guan Eng #Mahathir Mohamad #Malaysia #menteri #Menteri Dalam Negeri #Muhyiddin Yassin #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #rombakan kabinet #Saifuddin Nasution Ismail
;